Episode 9 OPL.
Idea
tak datang dalam mimpi, so maybe episod ni merepek sikit :P
~
Beberapa tahun dahulu.
Aman’s POV.
“Uda.
Sini kejap.” Aku memanggil Uda yang sedang bersandar di pintu belakang. Uda
mendekatiku.
“Apa
kau nak? Aku tengah mengelamun jauh ni,” Uda memasamkan mukanya.
“Nah,”
aku menyerahkan surat berwarna merah jambu kepada Uda. Berat hati sebenarnya
nak bagi. Kalau itu bukan daripada senior, tentu sahaja aku berani untuk
membuang surat itu.
“Eh,
apa ni?” Uda masih tidak menyambut.
“Abang
Jojo bagi kau.”
Wargh,
aku rasa nak menangis! Tak sanggup nak tengok Uda menerima surat itu.
“Hah,
buat apa? Tak nak lah. Kau simpan.” Uda mula bangun.
“Uda,
please, ambillah. Jangan hancurkan hati Abang Jojo.” Tanganku terketar-ketar
memegang surat itu.
“Aku
kata tak nak, tak naklah!” Uda menjerit, lalu menghentakkan kakinya keluar dari
kelas. Semua mata ke arah aku sekarang. Aku dapat rasakan.
“Uda..”
...
Tamat
waktu sekolah, aku berjalan dengan lemah longlai. Dari tadi aku tidak berjumpa
dengan Uda. Cikgu pula tidak masuk ke kelas memandangkan kami sudah tamat PMR.
“Aman.”
Aku
berpusing. Uda? Aku berlari mendekatinya.
“Aku
dah bagitau Abang Jojo. Aku dah cakap kat dia yang aku tak suka dia.”
What
the? Biar betul minah ni. Selamba dia saja.
“Kau
ni. Sedap hati je nak..” “Aku suka kau.”
“Ha?
Apa kau cakap?” Aku bertanya. Sesuka hati dia je potong cakap aku.
“3
words. Ainan Tasneem.”
Hapekemende
dia merepek dengan aku ni? Ainan Tasneem? Yang aku tau pasal Ainan Tasneem tu,
lagu Aku Suka .. Eh?
“Uda?
Kau biar benar? Habis tu kau nak couple dengan aku ke?” Aku cakap acuh tak acuh.
“Hish
apa kau ni. Tak naklah.”
Aik,
habis tu kenapa kau mengaku tadi Uda oii. Kan aku dah malu.
“Aku
nak kau tunggu aku lagi 8 tahun boleh?” Ujar Uda.
Tersedak
aku.
“8
tahun? Lamanya?”
Uda
tersenyum. Hish, malunya cakap pasal ni.
“Okay.
Our oath.” Aku balas selepas berperang dengan perasaan malu.
“Sweet
Oath,” balas Uda. Dia memberi secebis kertas sebelum dia berlari meninggalkan aku. Aku tersenyum. Happy !

...
Taeyang’s POV.
Aku
mendengar cerita Uda dengan khusyuk. Sesekali aku mengangguk. Aku merenung muka
Uda. Macam orang sakit. Pucat. Apabila Uda berhenti bercerita, dia menyambung
kembali tangisannya.
“Uda,
don’t cry anymore. Maybe he’s not fated to be with you. I’m sure, you’ll find
your man one day.” aku memujuk.
“Give
me your smile.” Tambahku, sambil menarik hujung bibirku supaya membentuk
sekuntum senyuman.
Uda
tergelak.
“Thanks,”
ucap Uda.
“Nah,
no problem. As her besties, you must be happy for her. You should tell her.”
“What?
No,no. Aman pleaded me for not to tell her. I think I shouldn’t make him disappointed.”
Uda menunduk.
“You
know what? You’re really a good friend. And girlfriend too.” Aku memandang Uda.
Uda menundukkan muka.
“You
make me blushed. Hey, and you too, are really understanding. Can you be my
motivator?” Uda tersengih.
“Always
for your service.” Aku mendabik dada. Kami berdua tergelak.
...
Lia’s POV.

“Aman.
Kau rasa Uda tu OK ke tak? Lama sangat ni. Aku nak jenguk dia kejap.” Aku
memberi tokenku kepada Aman.
“Hah,
pergilah. Risau pulak aku.”Muka Aman berekspresi risau.
Cepat-cepat
aku berjalan menuju ke tandas. Dalam perjalanan, dari jauh aku ternampak Uda
sedang bergelak-ketawa dengan seorang lelaki di dalam kafe tadi. Eh, kurang
ajar betul minah ni.
“Wei,
bangek betul kau ni. Aku dengan Aman mati-mati menunggu kau, ingatkan kau koma
ke apa dalam tandas. Last-last kau elok bergelak-ketawa dengan entah siapa
entah ni.” Lia mengunjukkan tangannya ke arah lelaki itu.
“Lia,
ni Taeyang lah!”
Taeyang
membuka kaca mata hitamnya. Dia menguntumkan senyuman kepada aku.
“Hye
Lia. Don’t get mad at me. I’m just trying to make Uda happy again.”
Ayat
Taeyang membuatkan dia mendapat satu pijakan di kasutnya. Terbeliak matanya.
“OUCH, OUCH!” Taeyang mengusap kakinya. Aik, apahal ni?
“Uda?
Kau ada apa-apa ke? Mata kau pun..” Muka Uda aku belek. “Bengkak.” Uda menepis
tanganku. Dia cuba tersenyum, mengawal riak mukanya.
“Tak,
tadi perut sakit sangat. Sampai terkeluar air mata. Keluar-keluar je,
terserempak dengan Taeyang. Tu yang ajak berborak tu.”
“Yup,
ada salah ka?” Taeyang berbicara Bahasa Melayu. Tergelak aku mendengarnya. Aku
mengajak Uda pergi. Kami saling berbalas lambaian tangan.
...
Uda’s POV.
Selepas
mendengar cerita Lia, Aman pula memarahi aku. Penat aku mendengar bebelan sahabat-sahabat
aku. Muka aku tegang. Beberapa minit kemudian, Aman berhenti membebel. Mereka
menyambung bermain game. Aku menolak pemberian token daripada Lia.
“Aku
nak rileks sekejap.” Berpuas hati dengan alasanku, Lia pergi.
Dari
jauh, aku memerhatikan Lia dan Aman. Ahh, menangis lagi. Ergh, beratnya menerima
kenyataan. Ah, aku perlu gembira untuk Lia. Lia adalah sahabatku.
“You
must be happy for your friend.” Kata-kata Taeyang bermain di telinga. Hish,
Taeyang ni, sampai terngiang-ngiang suara dia kat telinga aku.
Aku
memandang lelaki yang sedari tadi di sebelahnya. Lah, Taeyang ke? Patutlah
terdengar suara dia tadi. Ceh.
“I
thought you..”
“Wanna
play some games? I love to play the dance game. Come, join me!” Taeyang
bergerak ke game yang berhadapan denganku. ‘Dance Forever’, nama game tersebut.
Taeyang memanggil, aku hanya menggeleng.
Taeyang
memilih lagu. Kedengaran lagu Yeah 3x dimainkan. Taeyang mula menari. Selalu
tengok dalam laptop, sekarang depan mata. Hehe.
...
Puan Raima’s POV.
Aku
berehat di luar rumah bersama suami. Uda sedari tadi terperap dalam bilik. Jam
menunjukkan pukul 5.00 petang.
“Abang,
anak kita masih tak dapat tawaran ke universiti mana-mana ke?” Aku bertanya.
“Entahlah
anak awak tu. Memilih sangat. Nak benar ke luar negara. Dia tak tau agaknya
betapa susah duduk oversea. Kena kerja part-time. Duit kena simpan.” Abang menyambung.
Matanya masih tidak beralih dari surat khabar yang dibacanya.
“Abang
tak boleh minta mana-mana kawan abang ke masukkan dia?”
“Hish
awak ni. Saya nak dia belajar sendiri betapa susahnya nak sambung belajar.”
Ish,
suami aku ni. Selalu hendak mengajar anaknya berdikari.
...
Lia’s POV.
Kenapa
ya hari ni Aman dengan Uda tak banyak cakap? Hmm, pelik pelik.
Hish,
sedihnya tengok mereka macam ni. Agaknya sebab kenapa diorang macam tu ya?
Kenapa tak nak bagitau aku? Hmm.
“You're my heart heart heart heart heart
breaker naega mwoljalmotaenneunji
You're my heart heart heart heart heart breaker no way no way”
You're my heart heart heart heart heart breaker no way no way”
Hish memekak je. Cepat-cepat aku
menyambar telefon.
“Hello?”
“Hye Lia! Do you sleep with my dinasour
last night?” Suara itu tergelak.
G-Dragon! Mana dia dapat nombor telefon
aku? Tipu, tipu, ni mesti Uda ni. Eh. Bukan nombor Uda pulak. Siapa ni?
“Who’s this?” Aku menggunakan suara
tegas. Bukannya aku suka bercakap dengan strangers.
“I’m Jiyong, you silly!”
Jiyong, maksudnya betullah G-Dragon.
“How do you get my phone number?”
“Well, it’s a secret!”
~
Pada malam setelah selesai konsert
Korean Music Wave 20 II empat hari lalu.
G-Dragon’s
POV.
Aku menyelinap masuk bilik. TOP dah
tidur rupanya. Sambil pegang telefon? Sebelah telefon dia dan sebelah lagi
telefon pink tu. Hmm?
Nampaknya TOP bluetooth gambar. Gambar
siapa ni? Eh sat, macam.. Budak perempuan yang datang last sekali tu. Aku
meneroka gambar-gambar di dalam telefon pink itu. Aku membuka folder BFF <3.
Eh, ni gambar Lia ni.
Aww,
cute Lia.
TING! Bagaikan mentol lampu, aku
mendapat idea. Aku menekan Contacts, mencari nama Lia kemudian menyalin nombor.
Telefon pink itu aku selitkan kembali di tangan TOP.
Sedang aku senyap-senyap meninggalkan
TOP,
“Ambik nombor awek nampak?”
Aku tersenyum dan cepat-cepat keluar
dari bilik tanpa menoleh belakang.
~
Uda’s
POV.
Aku tertidur selepas puas menangis.
Nampaknya pujukan Taeyang tu sekejap aje lutnya. Balik-balik rumah, nampak
gambar kitorang bertiga, aku sambung menangis. Sebenarnya bukan semata-mata
menangis sebab Aman.
Balik dari Alamanda tadi, macam biasa
aku jenguk peti surat. Hari ni pun tak ada jugak surat ke universiti. Aku
mengeluh. Bila aku nak sambung belajar ni? Aku pun masuk rumah dengan memberi
salam. Salamku dijawab. Ayah yang tengah duduk kat ruang tamu memanggil aku.
Aku pun mendekati ayah.
“Bila kamu nak sambung belajar ni Uda?
It seems like you’re relaxing.” Ayah menanggalkan cermin matanya.
Aku menunduk. Bukannya aku tak nak
sambung, Cuma aku mengharap nak universiti luar negara. Aku malu dengan Lia dan
Aman. Mereka budak pandai. Aku cuma biasa-biasa aja. Aku hanya mendiamkan diri,
mendengar syarahan ayah.
“Ayah tak nak kamu ketinggalan. Kenapa
nak sangat memilih universiti? Janganlah cerewet sangat. Nanti sampai ke tua
kamu tak belajar.”
“Ayah tak nak terlibat dengan pemilihan
universiti kamu. Ayah nak kamu tetapkan sendiri. Soal bayaran yuran, kalau kamu
dah dapat pilih dan diterima, baru ayah bagi. Kamu dah besar. Ayah tak nak
campur hal kamu lagi. Samada kamu dapat atau tidak, suka hati kamulah. Ayah dah
tak ambil kisah.” Sambung ayah.
Mataku terkebil-kebil. Ah sudah.
Janganlah. Dulu ayah memang ada tunjuk surat nak masuk UKM, USIM dan UM. Tapi
aku buat-buat tak nampak. Sah-sah memang salah aku lah. Sekali lagi, aku rasa
nak menangis. Perlahan-lahan aku bangun, minta diri dari ayah aku dan menuju ke
bilik.
ARGH! Hari ni memang hari malang aku
ke?!?
Cepat-cepat aku beristighfar. Aku
mengambil wuduk, dan menunaikan solat Zohor. Kemudian, aku berbaring. Menangis
lagi. Sampai tertidur.
...
Taeyang’s
POV.

Daesung dan Seungri melihat masjid itu
dari luar. Saling menangkap gambar dan sibuk bertanya kepada pemandu pelancong
mengenai masjid itu. Aku turut mengagumi rekaan masjid yang hampir kesemuanya
diperbuat daripada besi. Aku menoleh ke arah G-Dragon yang asyik berbual di
telefon. TOP pula dilihat sedang memikirkan sesuatu sambil memegang telefonnya.
Untunglah masing-masing ada kekasih
hati.




