h
u
p
d
a
t
e
>> Bab Satu CDA ongoing:)
11:35pm
Tue



Dreamland.

credits

  • icons: baekeyselu & noviti
  • layout: fiffy
  • cursor: making-cursor
  • script: dd

  • Episod 8 OPL.

    Uda’s POV.

    Aman, Lia dan aku bercadang untuk berjumpa hari ni. Katanya nak lepas rindu. Aku dengan Lia pun setuju aje lah. Sekarang ni Lia kat dalam bilik aku,menunggu aku nak siap. Dari tadi, aku nampak Lia tersengih semacam. Baring-baring kejap, tersenyum. Duduk kejap, tersenyum. Angau ke apa?

    “Wei, aku tau kau baru beli lipstik Maybelline baru. Tak payah la tayang-tayang kat aku bibir kau tu. Tak lawa pun.” Aku mengenakan cardigan hitam labuhku bagi menutup lengan.

    Lia hanya tergelak. Lau dia kembali termenung dan tersenyum. Aku dapat rasakan senyuman dia ada kena mengena dengan patung dinasour yang G-Dragon bagi.

    “Weh, tidur nyenyak tak dengan dinasour GD tuh?” Aku menyakat.

    “Heh, maunya. Kalau ayah aku nampak, maunya dicampak keluar tingkap.” Lia menggayakan aksi ayahnya. Aku tergelak. Ayahnya, Encik Firdaus memang pantang nampak patung berselerak atas katil atau di tempat terbuka, “Tak masuk malaikat,” kata Encik Firdaus kepada anak-anaknya. Lalu semua patung mereka diletak di dalam kotak mainan.

    Aku melihat jam. Alamak, dah lambat! Aku mengajak Lia ke perhentian bas berhampiran. Sejak hari itu, nampaknya mama dan ayah makin berani mempercayakanku menaiki kenderaan awam:)

    ...

    Aman’s POV



     Berdebar-debar aku menunggu Lia dan Uda. Tunggu punya tunggu, iba-tibta Lia dan Uda muncul dari celahan orang ramai lalu mengambil tempat di hadapanku.
    “Assalammualaikum. Sorry bro, lambat.” Uda mengangkat tangan, memanggil pelayan mengambil pesanan makanan.

    “Waalaikummussalam. Biasa-biasa je meyh. Oh ya, hari ni kita nak buat apa?” Aku menyedut air yang dipesan tadi, semasa menunggu mereka berdua tadi.

    “Hah, meh aku rancang. After makan, kita pergi main game kat bawah, pastu tengok wayang cerita Laut Rindu. Pastu singgah MPH.” Lia membalas. Pelayan yang dipanggil mengambil pesanan Lia dan Uda lalu berlalu pergi.

    “Orait juga tu. Aku dah lama tak main game.” Uda memberi respon. Matanya fokus kepada Samsung Corbynya.

    “Oh ya, Uda, Lia, hari tu aku nampak BIGBANG kat Petrosains. Aku kena ceramah dengan sorang member diorang sebab aku tertinggal anak saudara aku kat belakang.” Aku cerita dengan penuh bersemangat. Uda dan Lia tergelak.

    “Hak eleh, kau tu pun nak riak bagai. Kitorang siap-- ” Sepantas kilat Lia memeluk bahu Uda dan memotong cakapnya.

    “Siap jumpa diorang masa konsert depan-depan. Hehe.” Lia melepaskan pelukan. Uda menjeling Lia. Apa kena pula dengan mereka ni?

    Tiba-tiba telefon Uda berbunyi. Uda melihat telefonnya.

    Uda’s POV.

    Eh kenapa banyak sangat nombor ni? Hantar MMS pulak tu.Macam pelik je. Tiba-tiba aku teringat  kata-kata kakak saudaranya.

    “Kalau kau dapat panggilan nombor telefon yang banyak-banyak, warna merah, jangan angkat. Ada beberapa penyihir Indonesia tengah praktis sihir melalui telefon.”

    “Betul ke kak?”

    “Dengar cerita ada orang Malaysia dah kena. Meninggal.”

    Erk. Nombor bukan warna merah, tapi banyak. Pastu hantar MMS. Tengok ke tidak? Tengok ke tidak? Tengok ke tidaaak?!?

    “Woi, termenung. Macam orang sewel je aku tengok kau. Telefon kat tangan lagi tu.” Aman menegur. Aku tersengih lalu terus menekan butang ‘Delete’. Aku tak sanggup nak jadi mangsa keadaan.

    ...

    Lia meminta diri ke tandas. Aku melihat Aman menarik nafas.

    “Uda, lepas makan, aku nak jumpa kau kejap. Kita berdua je.” Aman berbisik, sambil memerhatikan jika-jika ada kelibat Lia.

    “Eh, habis tu Lia macammana?”

    “Alah, kejap je. Bagitau je kat dia.”

    “Tu hah, kau bagitau lah dia sendiri.” Aku menjuihkan bibir ke arah Lia yang datang dari tandas.

    Saat Aman memberitahu Lia, Lia tersenyum. Kemudian dia mengoyang-goyangkan jari telunjuknya ke arahku.  Aku menepis tanda protes.  Lia tergelak lalu meminta diri ke mesin ATM.

    “Hah, kau nak apa tadi?” Ish, berdebar-debar pula hati ni.

    “Hmm, kau ingat tak masa form three dulu, kita punya Sweet Oath?”

    “Hmm?” Aku buat-buat lupa. Padahal memang ingatan aku tentang Oath tu segar dan fresh lagi dalam fikiran.

    “Alah, aku buat confession kat kau tu.” Aku mengangguk perlahan.

    “Err, aku harap kau bersedia. Aku tak nak tangguh-tangguh lagi dah.” Aman mula menunduk.

    “Cakap je lah.”

    “Aku, aku rasa nak batalkan Oath tu. I’m falling for Lia.” Ujar Aman dengan satu nafas.

    Zap! Tersentap hati aku. Macam kena tikam dengan pisau yang tumpul, digores gores, kemudian ditabur dengan spaghetti yang aku makan sebentar tadi.

    “Uda? Are you okay?” Aman merenung muka aku. “Aku, aku tak tau, Uda. Aku mula suka dengan Lia sejak dia masuk kelas kita form four dulu. Aku, aku--”

    Cukup. Cukuplah.

    “Uda, aku dah tahan selama tiga tahun nak beritahu kau. Aku takut aku lukakan hati kau. Akhirnya aku sedar, lambat-laun kau akan tahu juga. Jadi-“

    “Cukup. Aku faham. Aku OK je lah.” Sedaya upaya aku menguntum senyuman walaupun air mata sudah berkumpul di tubir mata.

    “Tapi, Uda, please, jangan bagitau Lia. Aku nak hantar meminang terus lepas habis belajar nanti.”

    Astagfirullahalazim. Ya Allah, peluklah hati ini.

    “Er, aku nak ke toilet jap. Sakit perut. Nanti kau pergi dengan Lia dulu ya. Aku jumpa korang kat sana.” Aku bangun meninggalkan Aman. Lia yang datang dari mesin ATM bertanya kepada Aman mengenai Lia sebelum mengangguk dan meninggalkan kafe bersama Aman.

    Allah_by_siframal-d4mwbpe_large

    ...

    TOP’s POV.

    Hish, kenapa masih tak berbalas? Uda bencikan aku ke? Puas aku mundar-mandir di dalam bilik hotel, mencari jalan penyelesaian.

    228866_503015866394551_1462268825_n_large

    Kau tak penat ke kulu-kilir macam ni? Sakit mata dan hati melihatnya.” G-Dragon berkata kepadaku.

    Aku memandang G-Dragon, lalu meneruskan aktiviti mundar-mandirku.

    Mesti Uda tak balas mesej kau kan?” G-Dragon menduga. Aku berhenti, dan melompat ke katilnya.

    Mana kau tahu? Haah. Aku pelik betul dengan dia ni.”

    Aku tengok kan, Uda dengan Lia ni jenis tak layan lelaki sangat. Aku tengok diorang ni, macam, suci. Pakaian diorang pun labuh. Maybe Uda tu trendy sikit, tapi still covers her body.” G-Dragon memberi pandangan. Aah kan, betul juga.

    Dah, I wanna sleep. Tomorrow we’ll be going to the Masjid Besi!” G-Dragon melonjak sebelum rebah ke atas katilnya.

    Aku berpindah ke katilku. Jam menunjukkan pukul dua petang. Awal betul G-Dragon ni tidur.
    ...

    Uda’s POV.

    Tumblr_lpnu05obtl1qazha3o1_400_large

    Kenapa Aman? Kenapa kau biar aku tepuk sebelah tangan selama tiga tahun? Kau tak tahu, aku sanggup tolak cinta Abang Jojo yang sekian lama aku minat tu sebab kau?

    Aku dah tidak dapat menahan air mata daripada mengalir. Mata aku merah dan sembab. Puas aku membasuh muka. Hmm, nampaknya aku tak join Lia dan Aman main game la ni. Selesai merapikan diri, dengan mata bengkak, aku berjalan keluar dari tandas. Aku hanya bersiar-siar di sekitar Alamanda, dengan harapan tidak terserempak dengan Lia mahupun Aman.

    Aku menundukkan muka sambil berjalan. Tiba-tiba aku berlanggar dengan seseorang. Orang itu cepat-cepat menyambar tangan aku sebelum aku tersembam ke lantai. Aku memang tidak berupaya untuk memberi respon apa-apa pun. Yang aku tau, aku dipimpin ke bangku berdekatan. Orang itu duduk di sebelahku.

    “Miss, are you alright? You looked, a bit stressed huh?” Orang itu bersuara.

    Perlahan-lahan aku mengangkat muka. Tidak beradablah sekiranya bercakap dengan menundukkan muka sahaja. Eh, Taeyang?

    “Uda? Why are you..”

    “Taeyang? Why are you here? I mean, how do you come to Putrajaya?” Terkebil-kebil mataku memandang Taeyang yang berkaca mata hitam.

    “We’re going to Masjid Besi tomorrow. Now tell me, why are you crying?”

    Pertanyaan Taeyang menambah rasa sebak dalam hati aku. Aku menangis lagi. Memori dulu terpampang dalam kotak memori.