h
u
p
d
a
t
e
>> Bab Satu CDA ongoing:)
11:35pm
Tue



Dreamland.

credits

  • icons: baekeyselu & noviti
  • layout: fiffy
  • cursor: making-cursor
  • script: dd

  • Episod 10 OPL.


    Tumblr_mf3bnsnqmy1s00oato1_500_large

    Lia datang ke rumah Uda. Dia bertembung dengan ibu bapa Uda yang kebetulan hendak bertolak ke tempat kerja. Puan Raima sempat berpesan kepada Lia supaya memujuk anaknya habis-habisan. Ni mesti kes merajuk berat ni.

    Lia menuju ke bilik Uda yang terletak di tingkat atas. Pintunya dibuka. Pintu bilik Uda memang tidak berkunci, kunci rosak. Kelihatan ada makhluk yang berbalut selimut di atas katil queen kepunyaan Uda. ‘Hish budak ni,’ desis hati Lia.

    “Wei, bangun. Kau  dah solat Subuh belum?” Lia menggoncangkan badan Uda. Uda menggerakkan badannya. ‘Ermm,’ balas Uda.

    Uda memang jenis susah dikejut. Agak-agaknya kalau gajah pijak badan pun tak sedar. Lia menggoncang badan Uda dengan lebih kuat.

    “Ya, ya,” respon Uda.

    “Ya apa kemendenya kau ni?” Lia pelik.

    “Ya, aku mengaku aku sayang Aman..” Nampaknya Uda masih tidur. Mengigau pulak. Lia tergelak. Sweet confession!

    “Tapi, demi kau, aku sanggup lepaskan dia. Dia cintakan kau,” tiba-tiba air mata Uda mengalir. Lia mula panik. Aih, ada perampas ke? Lia cepat-cepat mencapai botol air di atas meja Uda lalu merenjis ke muka Uda. Serta-merta Uda bangun terduduk. Uda memandang Lia, sebelum memeluk rakan karibnya sambil menangis.

    “Kau, kenapa? Aku dah dengar. Apa maksud kau?” Lia membalas pelukan rakannya. Dia tahu rakannya itu perlu ditenangkan.

    Uda berhenti memeluk Lia. Dia mencapai kedua belah tangan Lia. Matanya yang bertakung dengan air mata memandang muka Lia.

    “Aku dah tak sanggup. Aku nak kau tau jugak.” Uda mengesat air matanya.

    “Tau apa kau ni? Cakaplah cepat.”

    “Aman loves you. Dia nak hantar pinangan lepas kau habis belajar nanti.” Uda kembali menangis.

    “WHAT? No, no. Kau tipu. I don’t love him.” Lia melepaskan tangannya. Dia bangun dari katil dan berdiri di tingkap bilik Uda.

    “Lia, jangan tipu aku. Aku tau kau suka dia. Sejak sekolah kan?” Uda mula meninggikan suara.

    “Itu dulu. Sekarang, aku dah tak suka dia. Dah ada orang lain dalam hati aku!” Lia menengking kembali. Perasaannya tidak keruan.

    “No, please Lia. Don’t break his heart. Jangan jadi macam aku. Membiarkan dia tertunggu-tunggu selama tiga tahun.”

    “Oh, dia patahkan hati kau boleh la pulak kan? Patutlah hari tu beria kau kata sakit perut. Rupa-rupanya kau menangis dalam toilet, tak bagitau aku. Kau tipu aku, Uda. Apa kau ingat aku ni siapa? Aku ni kawan baik kau tau. Sampai hati kau.” Lia mengesat air matanya sedikit.

    “Kau tu, siapa yang bersarang dalam hati kau? Yang membuatkan kau menunggu? GD? Tak payahlah Lia. Tau tak, GD tu macam alam fantasi buat kau? He’s a celeb, Lia. Ada dia contact kau? SMS?”

    Dengan geram, Lia menyelongkar tas tangannya, mengeluarkan telefonnya. Dia mencari sesuatu, lalu menayangnya di hadapan muka Uda.



    *merujuk kepada nombor telefon dalam telefon*

    Uda merampas telefon itu. Dia membaca beberapa mesej daripada G-Dragon. Dia pergi ke bahagian contacts, lalu menekan GD di bahagian search. Nombornya adalah nombor antarabangsa.

    “Heh, pandai kau tipu aku kan? Ni semua tipu belaka.” Uda menyerahkan kembali. Dia masih tidak mahu mengaku kalah.

    Lia meminta telefon Uda lalu menekan bahagian Calls. Dia terus meminta Uda menelefon nombor antarabangsa yang dijumpainya.

    “Tak naklah Lia. Bahaya kau tau?” Uda menolak.

    “Bahaya hape kemendenya? Call je pun.”

    “Kau tau tak, nombor banyak-banyak camni ada kena-mengena dengan sihir kat Indonesia? Ada orang meninggal tau sebab ni!” Jelas Uda.

    “Haha, merepek betul kau ni. Biar aku ajelah yang call.” Lia menekan butang ‘Call’.

    “Fine, kalau kau menggelupur kat sini, aku akan buat bodoh je.” Uda memalingkan mukanya.

    Lia tergelak mendengar respon Uda. Dia meletakkan telefon Uda di telinganya untuk mendengar suara di hujung talian. Uda mempedulikan Lia sambil mencapai novel, kononnya hendak membacanya.

    Tiba-tiba Lia yang berdiri terjelepok jatuh. Telefon Uda terlepas dari tangan Lia sewaktu dia terduduk. Lia meracau dan berbaring, seolah-olah dalam kepanasan.

    Uda terkejut. Terlepas novel dari tangannya. Cepat-cepat dia mendekati Lia. Uda menampar muka Lia, mengharap kawannya kembali sedar. Lia tetap meracau. Uda kelam-kabut.

    “AAA! Uda.. “ Tangan Lia menunjuk ke arah telefon Uda yang tersadai. Uda memandang Lia.

    “Keluar, keluar lah kau! Jangan kacau kawan aku! Aku sayang dia..” Uda menepuk dahi Lia beberapa kali. Dia mula menangis. Tak tahu nak buat apa.

    “Kau.. Amik... Tu..” Suara garau dari mulut Lia berbicara. Tangan Lia masih menunjuk ke arah telefon pink itu.

    “Ya, ya aku ambik.” Terketar-ketar Uda mencapai telefonnya.

    “Letak dekat telinga kau.. Hihihi.” Ah sudah, mengilai pulak dia. Takut-takut Uda mengangkat telefon itu ke telinganya.

    “CEPAT! IKUT APA AKU CAKAP..”

    Telefon itu terus melekap di telinga Uda.  Uda memandang mulut Lia lalu mengikut apa yang digerakkan mulut Lia.

    “Err, hye.. I’m.. Uda. I .. love.. you..?” Uda serta-merta pelik dengan ayat yang diberikan. Tiba-tiba Lia tergelak mengekek. Sah, Uda dikenakan Lia!

    Suara di hujung talian yang pada mulanya mahu meletakkan telefon terus terkedu mendengar ayat itu.

    “Hello, Uda? Is that you?”

    Uda juga terkedu mendengar suara lelaki itu.

    ...

    534570_478154162229729_1512745179_n_large

    Imagine this as Rinie :)

    Aman’s POV.

    “Abang Aman tak boleh buat Kak Uda macam tu!” Lantang Rinie berkata kepadaku.

    “Yang kau ni kenapa? Suka hati akulah nak pilih siapa teman hidup aku. Kau nak sibuk-sibuk kenapa?” Aku menjerkahnya. Geram.  

    Rinie terkebil-kebil mendengar. Dia berlari memasuki biliknya dan menghempaskan pintu. Astaghfirullah, apa yang aku dah buat ni?

    “Arman Rauf, now tell me, why are you making a sudden change?” Papa bertanya.

    “Aman, bukan Aman dah kata kat Uda ke yang Aman pilih dia?” Mama pula mengambil situasi.

    “Ma, Pa, Lia is a decent girl. Mama dengan Papa pun dah kenal Lia macam mana kan?”

    Aku beralih tempat duduk ke sebelah mama.

    “Yes, I know that. But don’t you think that your confession can hurt Uda’s feelings?” Mama mengangguk mendengar respon Papa.

    “No, Pa. I don’t think she loves me. Aman rasa Uda just treating me as her close friend. That’s all. That’s why she makes me waiting her for about four years!”

    Mama menggelengkan kepala. Papa menanggalkan cermin mata yang dipakainya.

    “You can estimate things, but you can’t estimate a girl’s feeling.” Ujar mama sebelum memimpin papa ke bilik mereka.

    “Hear this Aman. Papa tak kisah kamu nak kahwin dengan sesiapa pun, but please. Don’t break a woman’s heart. This is not a game or something. Papa tak nak kamu menyesal suatu hari nanti.”

    Huh. What a day.

    ...

    Taeyang’s POV.

    Tumblr_lxc2gpg74n1qg74lfo1_500_large

    Kedengaran riuh di luar bilik. Aku menanggalkan earphone Soul dan menjenguk di muka pintu. Kelihatan Seung Ri, Dae Sung dan G-Dragon mengerumuni TOP. Aku menerpa ke arah mereka.

    “What’s happening?”

    “We have a phone call from Uda~ We have a phone call from Uda~” Dae Sung bersorak. Eh, Uda call?

    “Hey Taeyang, sinilah. Uda nak dengar suara semua orang.” G-Dragon memberikan telefon TOP kepada aku.

    “Hello Uda, Its me, Taeyang!” Aku duduk di atas riba TOP. Sahabat-sahabatku tergelak..

    “Me, nothing. Just hearing the MP5. Oh yeah? Say hello to Lia too. Are you okay now?”

    TOP memasamkan mukanya. Aku tergelak. Mesti dia nak borak dengan Uda ni.

    “Nah.” Aku memberikan telefonnya. TOP tersenyum.

    “Hye Rodent. Talk to me, pleaseeee?”

    “Who are you calling rodent?” Uda memarahi TOP. TOP tergelak.

    “You, of course. Aww~ Doesn’t it suits you?”

    Perbualan mereka berterusan dengan pergaduhan. TOP tidak habis-habis mengusik Uda tentang ayat ‘I love you’ yang diujarkannya semasa awal-awal talian. Aku hanya tersenyum.

    ...

    Uda’s POV.

    Aku terbaring di atas katil. Masih tersenyum apabila memikirkan hal semalam. Alhamdulillah, sedikit sebanyak hilang juga kekusutan. Lia teruk dibelasah aku semalam. Padan muka dialah!

    Oh ya, Lia juga bercadang untuk menemui Aman. Mereka hendak berbincang. Lia mengajak aku untuk turut serta, tetapi aku menolak. Bagi aku, biarlah mereka selesaikan hal mereka sendiri.

    Pintuku diketuk. Aku memandang ke arah pintu yang terkuak sedikit. Kelihatan Mama berada di situ. Mama mendekati diriku yang kini sedang duduk di atas katil.

    “Feeling better?” Mama bertanya. Aku mengangguk perlahan, tersenyum kepada Mama. Caring juga Mama ni.

    “Hari ni, sepupu Uda from England tu balik Malaysia. Uda jemput dia kat KLIA ok? Dia nak singgah rumah kita. Katanya nak spend time dengan Uda. So maybe dia tidur sini. Mama dah sediakan bilik tidur tetamu tu, tapi kalau-kalau dia nak tidur dengan Uda nanti, standby je lah. Kemas-kemaskan bilik,” terang Mama dengan panjang lebar.

    Aku mengangguk. Mama tersenyum, lalu keluar dari bilik. Fikiranku teringat kepada Kak Cha, sepupu sulungku itu. Rasa tak sabar hendak menyambutnya di KLIA. Nak dengar cerita orang perantauan lah katakan.

    Telefonku berbunyi lagi. Hmm, semenjak semalam, asyik berbunyi je telefon ni. Dengan malas, aku menjawab panggilan itu.

    “Yaw?”

    “Hye Rodent! I love you!” TOP tergelak habis-habisan. Aku mengetap gigi, geram ya amat dengan mamat sorang ni!

    “Since we’re leaving Malaysia this Sunday, how about a date on Saturday?”

    Gila! Nak date? Sengal betul la dia ni?

    “Are you nuts? Who wanna date with you? What a jerk.” Aku menjulingkan mata.

    “Helloo, the date is not just the both of us. It’s with Lia, and other BIGBANG members. Now who’s the jerk?”

    Aku mendengus. Ceh, malu siot. Mana nak letak muka aku ni?

    “Lia’s not free on Saturday.”

    “Then, just come here alone then, with us?”

    “Venue and time?”

    “Alamanda, around Baskin Robin, somewhere? Around three o’clock.”

    “We’ll meet then.” Aku memutuskan talian.

    ...

    Aman’s POV.

    Tumblr_mf2kqufndm1rhtjoao1_500_large

    Aku menuju ke bilik Rinie. Rasa bersalah masih bersisa sebenarnya. Pintu bilik Rinie kuketuk perlahan. Tak lama kemudian, pintu bilik Rinie terkuak sedikit. Aku memandang Rinie yang menyembulkan kepalanya di celah pintu. Matanya bengkak.

    “Rinie, I’m sorry. Abang tension hari ni.” Aku menunduk.

    “Nah, Rinie biasa je lah. Rinie tau abang tension. But, tell me, kenapa abang pilih Kak Lia, bukan Kak Uda?” Rinie menarik tangan aku menuju ke dapur. Takkan nak borak depan pintu kot?

    “Abang, don’t tell me it’s a revenge for Kak Uda?” Rinie mengambil mug Keroro dan membancuh air Milo panas.

    Aku terdiam seketika.

    “No. No. I’m truly in love with Lia. Sejak form 4.”

    “Are you sure?” Rinie merenung.

    “Yup.” Aku menjawab sebelum termenung jauh.

    ...



    Uda’s POV.

    Aku menuju ke kiosk Baskin Robin. Dari jauh aku sudah nampak mereka berlima di situ. Hari itu aku mengenakan tudung bawal, cardigan hoodie tanpa lengan, blaus lengan panjang dan jeans hitam. Aku turut memakai kaca mata hitam. Dapat bayangkan tak macammana? :)

    Datang-datang, terus ambil tempat kosong di celah mereka. Mula-mula aku dipandang pelik. Semua orang buat muka “Sape kau” kat aku. Aku hanya tergelak.

    “Uda?” Taeyang meneka. Aku mengangguk. Mereka yang lain tergelak.

    “Isn’t Lia coming?” G-Dragon bertanya. Mukanya beriak kecewa.

    “Nah. She’s having a da...” Ayat aku terhenti. Takkan nak bagitau Lia ada date?

    “A date?” Daesung memberi respon. Yeah. Aku memang suka respon tepat yang tak kena masa.

    “No, I mean, yes. But it’s not a love date, just a meeting of discussing something.”

    Semua orang mengangguk dan terdiam. Aku membangunkan diri dan membeli aiskrim kon Baskin Robin. Kemudian kami saling berborak sehingga jam menunjukkan pukul 4 petang. Dae Sung, Seung Ri dan Taeyang meminta izin untuk pulang ke hotel, mengemaskan barangan untuk pulang ke Korea. Kini tinggal aku, TOP dan G-Dragon.

    “Erm, excuse me, GD?” “Just call me Jiyong, Uda,” potong G-Dragon.

    “Okay, erm, Jiyong, I wanna ask something?” G-Dragon menunjukkan isyarat ‘teruskan’.

    “Do you like Lia?” Aku memandang tepat muka G-Dragon. Mencari sinar kejujuran.

    G-Dragon terdiam. Aku tersenyum. Ye lah tu.

    “Jiyong, if you admire her, you must open up your feelings  before she flies to Egypt soon. She’s gonna continue her studies there.” Sambungku lalu menjilat sedikit aiskrim yang mencair.

    “But why?”

    “I’m afraid there’s someone waiting for her to finish her studies and propose her.”

    G-Dragon menunduk. “Don’t you think it’s a bit early to tell her my feelings?”

    “Hey, it’s never a bit early to confess your love. Just tell em’.”

    Dari sisi, aku nampak TOP memandang tempat lain, seolah-olah tidak berminat untuk mendengar perbualan kami.

    ...


    Selesai menghantar mesej ‘farewell’ kepada TOP, aku bersiap untuk menjemput Kak Cha dari KLIA. Tak taulah nanti masa jemput Kak Cha, terserempak pula dengan BIGBANG kan. Nasiblah, aku buat tak tahu je kot.

    Aku memandu dengan tenang. Kak Cha suruh tunggu pukul 3 petang. Sekarang baru pukul 2.15. Aku menyanyi mengikut lagu Park Jung Min yang dimainkan di KPOP.fm . Setibanya di kawasan tempat letak kereta KLIA, aku mencari tempat kosong. Hari ni ramai pula orang kat KLIA.

    Usai meletakkan kereta, aku pun berjalan di tepian jalan menuju ke pintu masuk KLIA. Beberapa pelancong luar negara yang berselisih denganku memandang ke arah jalan besar yang tidak jauh dari tempatku. Aku pelik. Ada apa-apa ke kat situ? BIGBANG kot? Aku memusingkan kepala, turut memandang ke arah jalan besar.

    Ya Allah, anak siapa menangis tengah jalan tu? Kenapa semua orang pandang aje? Hish, diorang ni kan, selamatkanlah cepat budak tu. Aku melangkah dengan pantas ke arah budak perempuan itu.

    “Adik, bahayalah duduk tengah jalan ni? Jom, kita duduk tepi sana?” Aku memegang tangan budak itu lalu cuba menariknya ke tepi. Budak itu menepis dan sambung menangis. Aku memandang ke kiri dan kanan. Nasib baik tak ada kereta.

    “Dik, jomlah ke tepi. Nanti ada kereta langgar macammana? Melayang nanti baru tau.” Budak tadi terkebi-kebil sebelum menangis lebih kuat. Agaknya sebab dengar perkataan ‘melayang’ tadi kot. Aku dah panik. Orang yang lalu-lalang semua pandang aku. Gaya aku ni macam penculik ke?

    Aku cuba mendukung budak tu. Tapi dia meronta-ronta, aku takut terlepas pulak budak tu. Penat aku memikirkan cara untuk menarik budak tu ke tepi, sampai aku turut mencangkung di atas jalan. Tiba-tiba budak tu berhenti menangis dan berlari ke tepi. Kelihatan seorang wanita, linkungan 30-an memeluk anaknya. Haa, kan senang? Aku berdiri dan tersenyum memandang wanita itu.

    Wanita itu menukar ekspresi muka terkejut. Tangannya menunjuk sesuatu di belakang aku. Aku memusingkan badan ke belakang. Ah sudah. Hari ni ke nyawa aku dicabut? Ya Allah, amalan aku belum cukup. Ya Allah, ampunilah aku.

    Pemandu teksi limosin KLIA itu menekan honnya berkali-kali, memberi amaran kepada aku. Malangnya, badan aku terkaku. Macam dipaku ke jalan. Mataku terkebil-kebil, sebelum aku menarik nafas dan menutup mata. Apa nak jadi pun, jadilah.

    ...

    Lia’s POV.

    Aku menikmati air Milo Ais sambil menonton drama Secret Park. Cerita kegemaran aku dan Uda. Tiba-tiba aku tersedak. Perasaan resah tiba-tiba hadir. Ada sesuatu terjadi ke? Telefon berbunyi. Aku menjawab panggilan itu. Kedengaran suara Aman di corong telefon.

    “Lia, something bad happened to Uda.”

    Aku  menelan air liur. Hati bertambah resah.

    Credit Section:
    http://weheartit.com/entry/46269639