h
u
p
d
a
t
e
>> Bab Satu CDA ongoing:)
11:35pm
Tue



Dreamland.

credits

  • icons: baekeyselu & noviti
  • layout: fiffy
  • cursor: making-cursor
  • script: dd

  • Episode 5 OPL.

    Uda’s POV

    Kejap lagi, aku dah nak bertolak ke konsert, dengan Lia. Lia singgah rumah aku, kemudian kitorang ke sana dengan kereta aku (sebenarnya kereta mama aku). Aku merenung hadiah yang dibeli semalam. Beria-ria aku dan Lia round satu Alamanda cari hadiah. Akhirnya aku belikan untuk T.O.P cermin mata hitam yang jenis hippie. T.O.P kan suka pakai sunglasses macam tu kan? Lia pula belikan G-Dragon dia teddy bear, sebab dia kata G-Dragon tu comel masa dia tangkap gambar dengan bear.  Untuk BIGBANG yang lain? Keychain nama members BIGBANG yang siap ditempah!

    Tengoklah betapa berianya kitorang. Haha, sekali-sekala.

    Aku text Aman sebelum bersiap-siap.

    Assalamualaikum. Thanks 4 the tickets. Klau x mroyan abes la ktorng nk jmpe bigbang:)

    Lima minit kemudian, Aman membalas:

    No prob. Hve a nice day ^__^

    Aku tersenyum lalu beredar dari katil, menuju ke almari. ‘Baju apa yang aku nak pakai ni?’ Keluar-masuk baju aku dibuatnya. Dress? Ughh, fancy sangat. Baju muslimah? Hmm kasual la pulak. Hah, cardigan dengan  shirt labuh! Terus aku padankan dengan jeans Voir aku dan tudung bawal hitam. Siap! Aku turun ke bawah dan memanaskan enjin kereta Myvi mama.

    “Uda, jangan balik lewat sangat ya?” Pesan mama kepadaku. Aku mengangguk-anggukkan kepala.

    Tak lama lepas tu, Lia sampai. Aku bersalam dengan mama dan ayah lalu bertolak ke Shah Alam.

    Aq363e-1_large

    “Wah Lia, comel lah blaus tu. Kau beli kat mana? Labuh.” Lia menoleh ke arahku.

    Well, kau tau je lah, apa yang aku pakai semua comel.” Balas Lia. Tawa kami terburai.

    “Lia, aku dah bungkus glasses tu elok-elok. Leper betul weh! Macam saiz handphone aku dah aku tengok.” Aku menunjukkan kepada Lia bungkusan hadiah itu.

    “Elok lah tu. Tak payah nak space besar-besar macam beg aku ni.” Mak uih, berbonjot beg Lia aku tengok. Tergelak aku dibuatnya.

    Dalam lebih sejam, sampai jugak kitorang kat Shah Alam. Kitorang solat Maghrib dulu kat surau berdekatan dengan stadium. Usai solat, terus aku memecut kereta ke stadium. Parking full! Ramai betul orang. Aku turunkan Lia, suruh dia beratur dulu. Takut ramai pulak nanti. Dah pukul 7.45 malam. Pukul 8.15 start konsert.

    Akhirnya, aku sertai Lia beratur. Terpaksa letak kereta kat luar kawasan stadium. Penuh sangat.

    Tickets please.” Tanya usher tersebut kepada kitorang.

    Here, but can we reuse this ticket?” Lia bertanya.

    What do you mean?”

    I mean, if we’re out from this concert for a while, can we reuse our tickets back to reenter?”

    We have backstage pass, too.” Sambungku, mengharap usher tersebut membenarkan kitorang.

    Usher tu berbincang dengan beberapa pekerja lain sebelum menulis sesuatu di atas tiket.

    Here. Make sure you show the guards this signature. Now, may I show both of you girls your place?”

    Sure. Thanks a lot.” High 5 Lia!
    ...

    Lia’s POV.


    Hey  Malaysians! We’re the BIGBANG, shall bang up you all tonight!” Pentas yang kosong tiba-tiba meriah dengan pelbagai cahaya lampu sebaik sahaja G-Dragon keluar. Suasana di dalam stadium riuh dengan jeritan V.I.P, termasuk aku dan Uda. Kelihatan ramai V.I.P bersorak kuat sambil memegang ‘Crown Light Stick’.

    “KYAA, Uda, GD aku, Uda!” aku menggenggam erat tangan Uda, sambil melambai-lambaikan tangan. Tempat kitorang terletak di tengah dan berdekatan dengan pentas. Pandai jugak Kak Arin cari tempat.

    Ahli BIGBANG yang lain mula keluar seorang demi seorang. Tae Yang yang segak dengan topinya, Maknae Seung Ri yang comel dengan sweater hoodienya, Dae Sung yang berlari-lari anak, T.O.P dengan cermin mata coolnya, serta G-Dragon yang memakai shirt sleeveless menyapa penonton konsert.

    Its been about six months since we had a concert here. Do you miss us?” Pertanyaan Dae Sung dibalas dengan jeritan V.I.P.

    Keriuhan ditambah apabila BIGBANG mempersembahkan lagu Fantastic Baby, Blue, Bad Boy dan Love Song. Kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu solo setiap ahli BIGBANG.

    ...

    “Uda, dah pukul 8.30 malam! Jomlah.” aku menarik-narik lengan baju Uda. Aku lihat Uda bagaikan tersedar dari mimpi yang panjang. Pipi Uda aku cubit.

    “Eh, aku tak bermimpilah Lia! Kita ada dalam konsert, dan kita tengok BIGBANG secara live! Dan kita akan berjumpa BIGBANG lepas ni ..”

    “Jom, jom. BIGBANG dah habis kan?” Uda mengangguk. Kitorang bergegas menuju ke tempat letak kereta. Uda membuka pintu kereta dan menghidupkan enjin. Kereta Myvi itu mula dipandu.

    “Lia, aku rasa macam dalam mimpi je sekarang.” Aku tersenyum, turut mengiyakan. Dah dua kali minah ni ulang perkataan ‘mimpi’ tu.

    “Haah, dahlah tempat kita dekat dengan pentas. Memang jelas betul muka GD tadi,” balasku.

    “Hah, dah sampai. Jomlah cepat. Takut lambat pulak.” Uda mematikan enjin. Kereta Myvi sudah sampai di perkarangan surau. Aku mengambil telekung di bonet kereta.


    ...

    Aman’s POV.

    Haih, enjoylah Uda dengan Lia tu kat konsert. Yang penting, besties aku tu gembira.

    Hmm, bila fikir-fikir balik, kelakar juga masa kitorang bertiga awal-awal menjadi geng.

    ~

    Sampai ke hari ni minah Uda tu merajuk dengan aku. Dah budak tu mintak, takkan aku buat bodoh kot? Pagi ni aku mesti berbaik-baik dengan Uda. Malas nak tengok muka masam dia.

    “Hai Aman!”

    Ya Allah, melompat aku dibuatnya. Aku mengerling ke arah Uda. Baru aku perasan dia bukan berseorangan.

    “Ni, kenalkan, ni Aliana, panggil dia Lia je. Dia yang kau pakai bagi pen aku kan?” Uda memerli. Aku menjelingnya sebelum menguntum senyuman kepada Aliana, eh, Lia.

    Tiba-tiba Uda beredar, meninggalkan aku dan Lia berdua. Pagi itu hanya aku, Lia dan Uda yang awal ke sekolah. Maknanya, kami tinggal berdua.

    “Err, Lia beritahu Uda ye yang pasal pen tu?” aku memberanikan diri bertanya.

    “Haah, sebab nama Uda tertulis kat situ. Lagipun, err, semalam nampak pen ni diambil dari bekas pensel empunya jiran, kan?” Nampak sangat dia cuba elak daripada menggunakan perkataan saya, awak, aku, kau. Aku tergelak kecil.

    Tiba-tiba terdengar bunyi meja ditarik dari luar. Aku dan Lia pandang ke luar kelas.

    “Ya Allah, Uda! Apa kau buat dengan meja budak kelas sebelah tu?” Menjerit aku melihat Uda. Tak senonoh betul minah sekor ni.

    “Eh, ni meja lebih ea. Aku nak bagi Lia duduk la. Bagi dia duduk sebelah aku, kau ke tepi sikit.” Selamba je dia mengarah. Queen control betul. Lia hanya tersenyum.

    “Lagi satu, sebagai denda kau pakai bagi je barang aku, kau kena belanja kitorang makan time waktu rehat.”

    Aku hanya menggelengkan kepala. Uda, Uda ..

    ...

    Uda’s POV.

    Aku dan Lia melipat telekung yang dipakai setelah usai solat berjemaah. Baru saja nak melangkah keluar, tiba-tiba datang seorang makcik lalu menegur kitorang.

    “Anak berdua ni dari mana? Uhukk, makcik, tak pernah pulak nampak kamu berdua kat surau ni?” Terbatuk-batuk makcik tu menyapa kitorang.

    “Kami dari Putrajaya, cik. Datang sini sebab..” Lia menjeling ke arahku, memintaku menyambung.

    “Err, sebab ada hal kat sini kejap makcik. Ni pun nak pergi balik la ni.” Cepat-cepat aku sambut.

    “Ohh, uhuk uhuk. Ya ke? Makcik pun uhuk uhuk. Uhuk Uhuk!” Alamak makcik ni teruk semacam je?

    Tiba-tiba makcik tu rebah. Pengsan. Aku dan Lia dah kalut. Makcik-makcik lain mula mengerumuni kami.

    “Nak, kenapa ni?” Tanya makcik yang bertudung biru.

    “Er, makcik ni, dia tiba-tiba rebah.” Aku tau Lia tak dapat nak jawabkan sebab muka dia dah pucat semacam.

    “Nak, boleh bawakkan Mak Nab ni ke hospital? Kami semua tak ada kenderaan nak hantar dia. Mak Nab ni dah teruk ni nak.” Oh, nama makcik ni Mak Nab?

    Aku dan Lia saling berpandangan. Kalau hantar makcik ni, pukul berapa pulak kami nak sampai konsert nanti? Konsert habis pukul 10.30 malam. Sekarang dah nak masuk pukul 9.

    “Lia, tolong aku angkat Mak Nab dalam kereta. Kesian Mak Nab ni.” Kami memapah Mak Nab dengan segera ke dalam kereta. Setelah enjin dihidupkan, aku mencari hospital yang berdekatan dengan kawasan stadium.

    Setibanya di kawasan hospital, Lia memanggil beberapa pekerja hospital untuk membawa Mak Nab ke bilik kecemasan. Aku mendaftarkan nama Mak Nab dan menguruskan beberapa hal di kaunter. Agak lama juga kami di hospital.

    Jam menunjukkan pukul 10.20 malam. MasyaAllah. Aku memandang Lia.

    “Jangan risau Uda. Kalau kita tolong orang, insyaAllah, Allah tolong kita balik.” Lia mengukir senyuman segaris. Aku tahu, dia juga ingin pulang ke konsert.

    Aku meminta doktor yang merawat Mak Nab untuk memaklumkan kepadanya bahawa kami akan kembali melawatnya setelah kami selesai menguruskan hal penting kami. Kemudian aku dan Lia berlari-lari anak menuju ke kereta.

    ...

    Sesampainya di stadium, kelihatan ramai orang sudah keluar meninggalkan stadium. Kebanyakan kereta mula berkurangan. Aku dan Lia menuju ke pintu utama dan cuba berbincang dengan guard di situ.

    I’m sorry miss, but the concert is over.” Aku merujuk jam. Haah, dah pukul 10.40 malam.

    But, we have the backstage passes. Can you just let us in to meet them ?”

    I’m  afraid it’s a no. Sorry, the backstage pass is valid until 10.35 PM. The celebs are having their rest now.”

    Aku dan Lia mengeluh perlahan. Nampaknya tak ada rezekilah nak jumpa pakwe kitorang. Dengan lemah-longlainya kitorang melangkah ke kereta.