h
u
p
d
a
t
e
>> Bab Satu CDA ongoing:)
11:35pm
Tue



Dreamland.

credits

  • icons: baekeyselu & noviti
  • layout: fiffy
  • cursor: making-cursor
  • script: dd

  • Episode 4 OPL.

    1patternity_stepstripes_large

    Uda’s POV.

    Pagi itu, aku turun ke bawah dengan lemah longlai. Tak ada semangat nak jumpa parents aku. Takut masih ada marah yang bersisa kat mama dan ayah aku. Nampaknya mama dan ayah aku bersarapan. Sambil mendiamkan diri, aku menarik dan duduk kerusi di hadapan ayah. Mukaku tunduk memandang roti bakar yang telah dicapai tadi.

    “Uda.” Ayah memanggilku. Perlahan-lahan aku mengangkat muka.

    “Ya, ayah.”

    “Kamu tahu kan ayah dengan mama risaukan kamu untuk ke konsert tu?” tanya ayah.

    Aku mengangguk perlahan. Syarahan semalam tak habis lagi nampaknya.

    “Kami tak nak apa-apa terjadi kepada anak kami. Ayah tahu, konsert tu bermakna bagi kamu. Tapi macam-macam boleh berlaku kat situ, Uda. Ayah harap kamu faham.”

    “Hmm..” Aku menggigit sedikit roti bakar sambil mendengar penerangan ayah.

    “Okey, Uda. Ayah nak kamu bersedia.” Ayah bertukar senyuman dengan Mama.

    “Bersedia? Bersedia untuk pulak ni, ayah ?” Macam nak kahwinkan aku pulak bapak aku ni.

    “Bersedia untuk hadapi kenyataan.”

    “Kenyataan apa? Oh, untuk tidak pergi ke konsert ya?” Aku menduga.

    “Tak.” Eh, betul ke ayah nak kahwinkan aku ni?

    “Bersedia untuk menerima kenyataan bahawa mama dan ayah benarkan kamu ke konsert.” Mama menyambung.

    “Oh, ye ke. Nasib baik.” Aku ingatkan nak kahwin tadi. Eh kejap, apa mama cakap tadi?

    “Hah? Ulang lagi sekali ma?”

    “Mama dan ayah benarkan kamu pergi konsert tu.” Ayah dan mama serentak membalas.

    YAYYY! Aku berlari lalu memeluk mama dan ayahku. Alhamdulillah, dapat pergi! Ini sangat awesome!

    “Dengan syarat, Uda kena pergi dengan Lia SAHAJA. Faham?”

     “Arahan diterima, tuan!” Secara spontan, aku tabik ayahku. Cepat-cepat aku berlari mengambil telefon untuk memberitahu Lia.

    “Assalammualaikum, Lia, I have great news for you!”

    “Waalaikummussalam. Erm, apa news tuh?” Suara Lia lemah semacam. Something wrong somewhereni.

    “Kau kenapa ni Lia? Macam ada something je.” Ah, jangan kata parents dia tak benarkan.

    “Uda, parents aku, diorang..” Suara Lia mula serak-serak basah. Ah sudah, jangan cakap ..

    “Kau dah pujuk habis-habisan?” Aku pun dah rasa macam nak menangis. Argh, Ya Allah, memang kami tak ditakdirkan pergi ke?

    Lia diam. Aku fikir, mana boleh pergi tanpa Lia. Lagipun, kalau boleh pun, kesianlah Lia. Takkanlah aku syok enjoy, dia tersedu-sedu menangis kat rumah?

    Then, I’ll guess we’re not going then.” Aku melepaskan keluhan secara senyap-senyap.

    “Eh, Uda..”

    No, no, it’s okay.”

    “Uda, aku tak habis cakap. Aku kata parents aku, diorang..”

    “Tak kasi kau pergi konsert kan? Tak apa Lia, aku tak kisah lah.”

    Tiba-tiba Lia tergelak. Eh, mental ke apa budak ni? Sah kemaruk sangat nak pergi konsert sampai gila jadinya.

    “Aku nak cakap yang parents aku kasi pergi konsert la weh!” Laju Lia menyambung.

    “Hah?” Huh, loading betul otak aku hari ni.

    That means, my parents allow me to go to the concert with you!”

    “Hah? Alhamdulillah .. Lega aku. Buat saspen betullah kau ni!” Aku menarik nafas lega. Lia ni memang pandai berlakonlah. Aku nak suggestkan dia masuk Pilih Kasih lah.

    So, see you next month then, insyaallah.” Balas Lia.

    Okay, jangan lupa bawak hadiah untuk GD kau!”

    Lia tergelak sebelum dia mematikan telefon. Hah, barulah lega sikit jiwa nurani aku. Tiba-tiba aku terfikir, konsert tu pukul 7 malam, sempat ke nak solat Maghrib? Alamak. Mati aku. Time aku dah suci la, nak ada pulak konsert ni. Eh, ada pulak macam tu. Hmm.

    ...

    Aman’s POV.

    Aku baru sahaja menerima panggilan daripada Uda. Katanya mereka berjaya mendapat restu da izin parents mereka. Alhamdulillah.

    Tanganku mencapai salah satu album gambar yang disusun di meja belajar. Perlahan-lahan, aku menyelak satu per satu helaian album. Tersenyum seketika apabila mengenang kenangan semasa zaman persekolahan dulu.

    Tumblr_m4urd3dm6e1qfb46yo1_400_large

    ~
    Dua tahun lepas.

    “Aman! Aku nak ke kantin dengan Fizah ni, kau nak pesan apa-apa?” tegur Uda. Hai minah ni, mentang-mentang cikgu tiada, sesuka hati dia je nak merantau ke kantin.

    “Taknak. Kau ni tak kenyang ke, tadi waktu rehat kan kita dah makan nasi goreng?” ujarku malas-malas. Otak sudah lunyai mengerjakan latihan Add Math yang diberi Cikgu Liza sebentar tadi. Uda tergelak lalu beredar bersama-sama Fizah ke kantin.

    Hm, seotai-otai budak ni, pandai jugak dia dalam kelas. Ujian bulanan hari tu, 7A kot. Tak macam aku, kena struggle habis baru dapat.

    “Assalammualaikum, awak, minta tolong sikit.” Kedengaran satu suara di sebalik pintu belakang kelas (aku dan Uda memang suka pilih tempat duduk kat belakang kelas). Aku mendongak, mencari empunya suara.

    Eh, siapa ni? Tak pernah nampak pun. Budak baru kot. Ayunya.

    “Waalaikummussalam. Err, tolong apa?”

    “Pinjam pen biru, nak isi borang.” Tambah gadis itu, sambil tersengih. Alah, comelnya ..

    Akamak, pen biru aku dah nak habis dakwat pulak. Tanganku laju menyelongkar bekas pensel Uda, lalu terus memberi kepada gadis itu.

    “Terima kasih, pinjam ya.” Gadis itu berlalu.

    Eh, Aman, tadi kau cakap apa? Aku cakap budak tadi tu comel?

    ...

    “Aman, tadi kitorang kena marah dengan acik kantin.” Uda mengambil tempat sambil memasamkan muka.

    “Haha, tulah, aku dah kata, jangan gatal-gatal nak pergi beli.”

    “Ei, kau tak cakap apa-apa pun tadi ek.”balas Uda. Kemudian dia membuka bekas penselnya.

    “Aman, mana pen biru aku?”

    Ah sudah. Apa aku nak jawab?