Episode 2 OPL.
Uda’s POV.

Jam Spongebob Squarepants aku menunjukkan pukul 9.20 pagi. Nasib baik aku cuti. Aku mengeliat
panjang, sebelum mencabut earphone MP3 aku. Tak senonoh betul, tertidur sambil dengar lagu Korea. Kalau mak
ayah aku tau ni, nahas MP3 aku jawabnya. Sambil menggosok-gosokkan mata, aku bangun mencari tuala
mandi. Tiba-tiba aku terpandang telefon aku. Alamak, ada mesej masuk
pulak.
Salam. Kitorang blik Malaysia ary nie. Mama sruh ko jmput ktorang at
airport kul 10. -aman-
Terbeliak
mata aku. Pukul sepuluh? Ya Allah, aku dahlah baru bangun tidur. Dengan pantas
aku membersihkan diri dan turun ke bawah. Mama dan ayah aku mengizinkan aku
keluar. Segera aku menyambar kunci kereta ayah sebelum terus memecut ke
airport. Perjalanan ke airport pulak mengambil masa selama 30 minit. Sekarang dah
pukul 9.50 pagi. Lagilah menggelabah aku dibuatnya.
Sampai-sampai
kat airport, dah pukul 10.20 pagi. Aku cari si Aman, tapi tak jumpa-jumpa. Aku
mula risau.
"Lambat
sangat ke aku ni? Diorang dah balik dulu? Eish, mesti Aman marah gila kat aku
ni," aku membebel sendirian. Resah betul.
...
Pukul
11.00 pagi. Aku dah terduduk kat kerusi. Aku call Aman, tapi tak dapat dihubungi. Rasa
macam nak melalak satu airport bikin semua orang dengar!
Ada
flight baru arrived.
Aku tengok ramai betul dari tempat arrival.
Dengan hati sedih, aku pandang orang yang disambut famili diorang.
Berpeluk-peluk bagai. Huk huk. MAMA, macammana ni?
"Woi
makcik. Apasal kau termenung jauh ni? Awat, pikiq boypren baru kaa? Sampai tak
berjemput kami kat tempat arrival?"
Dah keluar dah slang Kedah dia.
"Mana
ada aku termenung laa Am.." Tak sempat habis ayat, aku menganga melihat
Aman dan familinya di sebelah aku. Sah, aku kena dengan si Aman lagi!
"AMAN!!!"
Aku kejar Aman keliling airport. Apa aku kisah orang pandang pun. Dato' Asrin
dan Datin Nurul, parents Aman
tergelak melihat gelagat kami.
....

Kami
singgah makan di Mc Donalds
sebelum mereka berganjak pulang. Datin Nurul sibuk memarahi Aman kerana
mengenakan aku.
"Aman
bukannya apa ma, Aman suruh dia datang awal sikit. Kalau minta datang tepat
pukul 11, silap hari bulan si Uda ni tidur dulu."
Aku
menjegilkan mataku kepadanya. 'Kurang asam betul Aman ni.' aku berkata dalam
hati.
"Yang
kamu ni Uda, kenapa susah-susah nak datang jemput ? Ni ha, si Aman kan ada
tinggalkan kereta dia kat sini." tanya Datin Nurul.
"Bukan
Datin yang suruh ke?" Aku pelik. Bukan Aman kata Datin yang suruh ke? Sah,
sekali lagi. WAKENABEB!
"Abang
Aman ni jahatlah buat Kak Uda. Kesian akak kesayangan Rinie." Aku dan
Rinie saling mengenyitkan mata. Rinie memeluk tanganku, manja.
Aman
memasamkan muka. Muka cerut tahap cipan dia lah tu. Apa aku kisah. Aku
menyumbatkan sesuap bubur ayam Mc Donalds
ke dalam mulut.
Mereka
rancak berbual dan bercerita kat aku pasal percutian diorang kat Korea. Aku
yang dengar ni, menganga je lah. Best betul kalau dapat pergi Korea kan?
...
Aman’s POV.

Aku
dan Uda balik lambat sikit daripada yang lain. Kitorang singgah kat Pancake
Day's. Aku nak bagi dia sesuatu, gerenti dia suka. Tapi, masalahnya, aku tak
biasa berdua dengan dia macam ni. Memanglah kitorang besties, tapi masih lagi
kekok.
"Err,
kau nak apa Aman?" Agak kekok rasanya. Aku pun perasan, Uda macam tak
senang duduk.
"Kau
tau tak, akak ipar aku mengandung. Yang snap gambar T.O.P masa YG Family Concert hari
tu."
"Ya
ke? Bila perasan?" Uda excited.
Kakak ipar aku, Kak Arin
peramah orangnya. Gadis pilihan abang aku. Uda dan Lia sempat berkenal mesra
dengan Kak Arin masa diorang datang beraya rumah aku tahun lepas. Kak Arin baru
saja tiga bulan kahwin.
"Time
dia honeymoon kat Korea. Dia dengan laki dia pergi time konsert tu. Laki dia
kata dia muntah-muntah, then pergi check-up, sekali doktor kata dia
mengandung." Aku menghirup kopi Cappucino yang dipesan.
"Ohh,
so apa kena mengena dengan perbualan kita sekarang?"
"Kena
mengena dia, benda ni." Aku menghulurkan dua keping kertas sambil tersenyum.
penulis
: gambar cilok je pun. ada unsur penipuan sikit. HEKHEK.
Terbeliak
mata Uda melihat kertas tu. Eh bukan kertas, tapi tiket konsert Korean Music
Wave 20 II! Yang selama ni dia asyik berangan kat aku untuk membelinya. Sebab
BIGBANG akan datang Malaysia!
"Dia
dah tempah tiket untuk konsert ni, before dia tau dia mengandung. Konsert ni
lagi sebulan. Laki Kak Arin melarang betul Kak Arin nak pergi mana-mana. Nak
tengok konsert pun tak boleh. Kak Arin tahu kau fanatik BIGBANG, jadi dia passkan
dekat aku suruh bagi kat kau," jelasku dengan panjang lebar.
Eh,
berair pulak mata minah ni. Terharu sangat ke? Ni yang aku bangga ni.
"Kau
tak nak pergi ke, Aman?" Lia bertanya kepadaku. Aku terdiam. Takkan la aku
nak beritahu hal sebenarnya?
"Aku
ni tak minat Korea ni semua. Kau tahu kan aku macammana? Lagipun ada dua tiket
ni. Kau ajaklah Lia. Tiket ni ada sekali dengan backstage pass.
Bolehla kau mintak autograf depan-depan nanti."
"Ya
Allah, alhamdulillah. Thanks,
Man. Kaulah sahabat aku dunia akhirat." Aku tersengih.
“Eh,
Aman, ni bila kitorang kena bayar ni? Mahal kot, RM300 ni,” ujar Uda sambil
membelek tiket itu.
“Kak
Arin kata ambil je lah. Dia kata dia nak bagi hadiah kepada peminat fanatik
KPOP yang dia baru jumpa tahun lepas.”
Makin
lebar senyuman Uda. “Kirim salam kat dia, pastu kata kat dia aku ucap terima
kasih sangat-sangat.”
Tak
lama lepas tu, kami pulang.Terpaksaku menumpang Uda memandangkan keretaku dah
dipandu familiku. Suasana kekok sekali lagi berlaku, namun kali ni aku tengok
Uda tak berhenti senyum.
-
END OF EPISODE 2 -




