Episode 1 OPL.
Uda’s POV.“KAU cuti ke mana dengan famili kali ni?” Dengan mulut yang penuh dengan aiskrim Baskin Robin yang dibeli di Alamanda, aku bertanya pada Aman melalui telefon.
Siapa Aman ni? Well, he’s my classmate
since Form One. Wahh, nampaknya selama lima tahun berturut-turut dia sekelas
dengan aku. Otak kitorang ni mungkin setaraf kot. Hehe. Aku mula rapat dengan
Aman sejak ada satu aktiviti yang diadakan semasa jamuan kelas tahun lepas.
Aktiviti ‘Knowing Them’, wahh ingat lagi aku ni. Kitorang telah dipasangkan
melalui undian, lalu sambil berbual kitorang bertukar nombor telefon.
“Seoul kot. Ayah aku ada kerja, biasalah
dia tu. Alang-alang kat tempat best tu, kitorang pun ikut sekalilah.”
Aku terdiam. Untunglah anak orang kaya,
desis hatiku. Seoul pulak tu. Dahlah tengah fenomena Hallyu sekarang
ni. Mesti dia terserempak dengan artis punya. Mesti dia ..
“Uda?” Tersedar aku. Hish, mengelamun je
kerja aku sekarang ni. Mentang-mentanglah dah habis SPM, 24 jam tak henti nak
berangan.
“Yaw?”
“Kau jealous aku dapat
pergi kan? KANNNNN ?” Jerit Aman. Berdesing telinga dibuatnya. Sengal betullah.
Nasib baik aku sahabat yang baik dan penyabar. Kuss.
“Aku ingat nak ajak kau sekali. Mama pun
dah bagi green light tau. Tapi, tak cukup tiket flight. Sorry,”
kesal Aman. Aman selalu cerita pasal aku kat famili dia, almaklumlah besties. So
taklah rasa terasing sangat.
“Kau ni, tu kan percutian keluarga kau.
Buat apa nak ajak aku. Terbangak-bangak pulak nanti kat sana.” Satu suapan aiskrim masuk ke dalam mulut aku. Borak lama-lama dengan Si Aman boleh kebulur
jadinya.
“Oh ya, kalau kau jumpa T.O.P, kata kat dia, aku rindu sangat kat dia. Haha!”
“Kau memang setia dengan T.O.P kan?
Daripada Form Two, sampai sekarang! Bajet T.O.P kenal kau je.”
Satu keluhan dilepaskan. Betul, aku ni
cuma seorang daripada beribu-ribu orang yang minat T.O.P. Mana mungkin dia
kenal aku. Aku, nak jumpa berdepan dengan dia pun macam nak tunggu kucing
berjanggut. Huh, fantasi aku tinggi sangat. Tetapi, biarlah fantasi tu
berkekalan, walaupun sampai aku dah kahwin nanti.
Aman dan aku menghentikan perbualan tak
lama lepas tu. Kehabisan kredit katanya.
...
Dah lebih kurang seminggu aku tak
contact dengan Aman. Aku yang larang dia. Tak, kitorang tak gaduh, cuma aku tak
nak dia membazir kredit. Bukan dia kisah pun kalau kredit habis banyak ke apa.
Asyik nak telefon. Tak telefon, SMS. Baru-baru ni, dia hantar aku gambar dari Korea (memang degil tahap cipan budak seorang ni). Memang lawa, pemandangan
dia, SubhanAllah, menakjubkan.
Tiba-tiba
kedengaran lagu Tell Me Good Bye. Ada mesej masuk lagi. Dengan malasnya, aku
mencapai Samsung Corby merah
jambu tu. Aman lagi? Tapi bukan SMS, MMS. Gambar apa lagi ni?
Ommo,
nasib baik tak terlepas telefon aku. Gambar BIGBANG! Gambar real,
fancam. Bukan yang kat studio. Aku rasa nak melonjak keriangan macam
kanak-kanak Ribena la pulak! Aww, thanks Aman! Aman yang terbaik!

Akq ipar
ak snap mse YG Family Concert ary tu. Ak tau, msti ko bwk tido gmba mamat2 nieh.
Hampeh tol XD
Betul
cakap Aman, aku memang tidur dengan memegang telefon aku. Dengan gambar BIGBANG sebagai wallpaper!
...
Lia’s POV.
"Lia,
tengok la ni!" Uda menayangkan telefonnya kepadaku. Hari ni aku keluar
dengan Uda. Uda ni kawan baik aku, sama-sama fanatik dengan BIGBANG. Yang
bezanya, aku gilakan G-Dragon, dia adore dengan T.O.P.
"Eh,
gambar GD aku ada tak?" aku merampas telefonnya. Beria-ria aku mencari
gambar pakwe kesayanganku. Yeyy, ada. Tersengih sebentar aku dibuatnya. Telefon Uda
dipulangkan.
"Mana
kau dapat gambar ni? Tak silap aku, ni dekat YG Family Concert kan? T.O.P ni
suka pakai baju macam ni."
"Si
Aman bagi. Kakak ipar dia snap masa
kat konsert tu." Uda jawab acuh tak acuh.
Aku
tersenyum. "Aman tu, baik betul kan. Aku tengok korang ni macam suami
isteri pulak."
PAAP!
Satu tamparan hinggap di pehaku. Perghh, macam makan CheesyWedges KFC rasanya. Aku tergelak melihat muka Uda
apabila dia mencebik.
"Uda,
kau tau tak, aku teringin sangat nak tengok diorang ni live depan
mata." Spontan, aku dan Uda mengeluh bersama. Memang kitorang teringin
sangat nak pergi, tapi kitorang bukannya orang senang macam Aman. Nak kena
simpan duit juga untuk perbelanjaan universiti. Tambahan lagi akutarget nak
sambung belajar kat Mesir.
"Biarlah
tak dapat jumpa diorang pun. Asalkan aku ada kau!" Uda memeluk bahuku. Aku
tersenyum, membalas pelukannya.
"Uda,
terima kasih sebab jadi sahabat baik aku."
"Terima
kasih juga, Lia."
Aiseymen,
sampai part
touching pulak.
Aku mengajak Uda berjalan ke food
court. Lapar!
Aman
dan Uda adalah anugerah Allah yang sangat aku sayang. Sahabat aku, ketika aku
susah dan senang. Aku tak sanggup nak berpisah dengan diorang. Aku risau kalau
satu hari nanti, kami akan berjauhan. Harap-harap aku dah bersedia nak hadapi
saat itu.
-
END OF EPISODE 1 -




